Pengenalan


Selamat Datang

Kami dari sebuah Syarikat Zarra Beauty Care (MP-0003663-X) salah satu syarikat pengeluaran bumiputra ingin memperkenalkan kaedah terbaru Rawatan Resdung Tradisional secara wap berherba untuk semua golongan yang mengalami masalah resdung.
Kaedah rawatan ini amat selamat, selesa juga tidak lemas dan mujarab.
Dengan campuran Vitamin E, Harbatu Sauda, Kolegen dan herba-herba terpilih ianya bukan sahaja dapat mengatasi masalah resdung, kulit menjadi lebih lembut , anjal dan sekata. Ianya juga sesuai bagi lelaki dan kanak-kanak

APAKAH ITU RESDUNG ?

Tahukah anda resdung merupakah sejenis penyakit di mana terjadinya radang pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata diantara dua mata hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria. Ini juga menyebabkan penghasilan nanah dan bengkak di dalam lapisan hidung. Bengkakan di dalam lapisan hidung boleh menyebabkan saluran sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan(rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakan kita. Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia didalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.